MAYAT lelaki tempatan ditemui di tepi jalan di Kilometer 277.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban. FOTO Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
MAYAT lelaki tempatan ditemui di tepi jalan di Kilometer 277.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban. FOTO Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


MAYAT lelaki ditemui berhampiran longkang di Kilometer 277.1, Lebuhraya PLUS, arah selatan, berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, hari ini.

Mayat lelaki berusia 30-an itu ditemui 10.30 pagi oleh pengguna lebuh raya berkenaan.

Sumber polis berkata, beberapa anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat daripada orang awam.

"Mayat ditemukan dalam keadaan tertiarap dan mangsa berpakaian seluar jeans pendek dan berbaju kuning," katanya.

Katanya, mayat lelaki yang mempunyai tatu pada tubuhnya itu dipercayai warga tempatan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat.

Sementara Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi memaklumkan, beliau masih menunggu laporan lanjut daripadanya anggotanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Julai 2018 @ 1:50 PM