PENIAGA di My Farm Outlet di Chendering, Kuala Terengganu.
PENIAGA di My Farm Outlet di Chendering, Kuala Terengganu.
HM Digital

Kuala Terengganu: Pembukaan My Farm Outlet (MFO) di Chendering sejak Sabtu lalu memberi pilihan kepada penduduk Terengganu khususnya di bandar raya ini untuk membeli barangan keperluan harian pada harga lebih rendah dan murah.

MFO yang juga pasar belian terus pertama di Terengganu dikendalikan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan menempatkan 13 peniaga terdiri daripada petani dan pemborong pelbagai barangan keperluan harian.

Penyelaras Pasar Tani dan MFO Terengganu Halmi Hamzah berkata, pembinaan premis niaga itu siap pada Februari lalu iaitu MFO keenam
di negara ini selepas Presint 7, Putrajaya, Manjung, Perak, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kota Bharu, Kelantan, Simpang 4, Perlis dan Kuala Kedah, Kedah.

“MFO menawarkan tujuh komoditi utama iaitu ayam, ikan, daging, sayur, buah-buahan dan barangan industri asas tani serta produk sejuk beku,” katanya, di sini, semalam.

MFO Chendering dibuka setiap hari kecuali Jumaat dengan operasi bermula jam 8 pagi hingga 7 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2017 @ 8:36 AM