GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Sabran Md Sani


TIGA remaja ditahan polis bagi membantu siasatan kes pukul membabitkan dua remaja lain di hotel di Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri, 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, semua suspek ditahan pada 4.50 pagi di apartment di Taman Tampoi Indah, 21 Ogos lalu.

Katanya, dalam kejadian itu, Polis Iskandar Puteri menerima panggilan mengenai dua remaja dipukul oleh sekumpulan lelaki.

"Kejadian berlaku di hadapan hotel di Jalan Bestari 1/5, Taman Nusa Bestari pada 11.55 pagi, 19 Ogos lalu," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, berikutan itu tiga remaja berusia 14, 15 dan 18 tahun ditahan di apartment oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri, pada 21 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu terduduh disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 1:14 PM