FAIL HM Digital
FAIL HM Digital


PESAWAT AirAsia penerbangan AK37 menuju ke Cochin, India, dari Kuala Lumpur, hari ini, terpaksa berpatah balik ke klia2 berikutan masalah teknikal.

Menurut kenyataan AirAsia, penerbangan itu yang berlepas ke India pada 6.25 pagi, mendarat dengan selamat di klia2, selepas dua jam penerbangan.

Tanpa mengulas lanjut, AirAsia berkata penerbangan itu dijadualkan semula untuk berlepas pada 3.45 petang.

“Semua penumpang diurus dengan baik oleh AirAsia. Kami dengan ikhlas memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2017 @ 9:59 PM