KEADAAN khemah milik Azizi yang rosak selepas diterbangkan angin petang tadi. FOTO Rohaida Omar
KEADAAN khemah milik Azizi yang rosak selepas diterbangkan angin petang tadi. FOTO Rohaida Omar
Rohaida Omar


Peniaga barangan kulit, aksesori wanita dan permainan kanak kanak kerugian lebih RM30,000 apabila tiga khemahnya diterbangkan angin dalam kejadian ribut di bandar Kuala Krai hari ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 6.30 petang itu.

Azizi Yusof, 41 berkata, ketika kejadian dia sedang berniaga sebelum hujan lebat diikuti angin kencang.

Katanya, ketika itu orang ramai yang selesai membeli-belah di sebuah pasar raya berlindung di bawah khemah sementara menunggu hujan reda.

" Bagaimanapun selang 10 minit kemudian angin kencang datang menerbangkan semua khemah sebelum menimpa lima kenderaan yang diparkir di seberang jalan.

" Saya dan orang ramai yang tumpang berteduh di bawah kanopi bertempiaran lari menyelamatkan diri," katanya.

Menurutnya, dia menganggarkan kerugian RM30,000 termasuk tiga khemah yang nilainya RM800 setiap satu dan barang jualan yang rosak.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di Bazar Ramadan di Bandar Kuala Krai mendapati hanya dua khemah mengalami kerosakan kecil.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2017 @ 11:41 PM