SEBAHAGIAN ‘ulat parkir’ yang ditahan.
SEBAHAGIAN ‘ulat parkir’ yang ditahan.
Nadzreen Shah Mat Salim

Kuala Lumpur: Bayar ‘duit perlindungan’ atau kereta dirosakkan. Itu antara ugutan kumpulan ‘ulat parkir’ yang dikesan mengutip wang daripada pemilik kenderaan sekitar ibu kota.

Mereka dipercayai dilindungi samseng dikesan menetapkan kadar bayaran minimum RM2 bagi individu yang meletakkan kenderaan di kawasan dikawal kumpulan itu.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, kegiatan haram itu ditumpaskan susulan tangkapan 12 ‘ulat pakir’ yang berkeliaran.

Menurutnya, semua mereka diberkas dalam operasi khas membabitkan dua pegawai bersama 23 anggota daripada Unit Khas Cawangan Trafik Kuala Lumpur bermula jam 9 pagi kelmarin.

“Mereka mengenakan bayaran sehingga RM3 bagi setiap kereta dan berlagak samseng sekiranya pemilik kenderaan enggan membayar wang diminta.

“Difahamkan, kadar bayaran akan berubah menjadi lebih mahal pada waktu malam,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, siasatan awal mendapati empat daripada 12 lelaki ditahan itu positif mengambil dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 5:30 AM