NAZIR
NAZIR
MOHAMED Azmin
MOHAMED Azmin
Oleh Norrasyidah arshad

Shah Alam: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali antara 75 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-70 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Mohamed Azmin dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) iaitu Darjah Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pada istiadat yang akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pagi esok, kerabat Perlis, Tengku Syarif Panglima Perlis Tan Sri Syed Anwar Tuanku Syed Putra Jamalulail dikurniakan dengan Darjah Kerabat Selangor.

Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah dikurniakan kepada Ahli Dewan Diraja Selangor, Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah; Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Muhammed Khusrin Munawi yang membawa gelaran Datuk Setia.

Lapan individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita diketuai Ketua Hakim Syarie Selangor Dr Mohd Na’im Mokhtar; Penasihat Undang-undang Selangor; Datuk Nik Shuhaimi Nik Sulaiman; Orang Besar Lapan Perak, Datuk Dr Afifi Al-Akiti; Timbalan Dekan Siswazah dan Hal Ehwal Antarabangsa Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Zainul Rashid Mohamad Razi.

Turut menerima DPMS ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Dr S Balachandran; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Puasa Md Taib; Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor, Mohd Zaki Ibrahim dan adik kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi CIMB Group Holding Berhad, Datuk Seri Nazir Razak.

Seramai 10 individu bakal menerima Darjah Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita iaitu Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Raja Reza Raja Zaid Shah; Timbalan Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Ong Thiam Hock; Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Saadah Ismail; Pakar Pergigian Kesihatan Awam, Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan, Datin Dr Nooral Zeila Junid dan Pengarah Jabatan Audit Negara Selangor, Ang Nai Har.

Dekan Fakulti Perubatan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Abdul Jalil Nordin; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Mohamad Nasir Ab Latif; Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Azmi Abdul Aziz; Pengarah MCT Konsortium Berhad, Cheah See Yeong dan Penerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Perladangan UPM, Tan Siok Choo.

Darjah Kebesaran Ahli Mangku Selangor dikurniakan kepada 15 individu iaitu Kerabat Diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari; Hakim Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Tuan Abdul Malik Soleh; Pegawai Staf 2, Tadbir Perubatan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Khalid Yaacob; Pegawai Staf 2, Hal Ehwal Wanita (A) merangkap Setiausaha BAKAT (L), TLDM, Leftenan Komander Azlina Ahmad Zaini dan Setiausaha Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Noor Asdiana Abdul Kadir.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Tanah dan Daerah Klang, Rahilah Rahmat; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Idris Ramli; Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan, Abdul Karim Jabar; Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Noor Huda Roslan dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di pejabat setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Mas Sakdah Kamaruzzaman.

Turut menerima anugerah sama ialah Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri Perbendaharaan Selangor, Mohd Shahrizal Mohd Salleh; Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UiTM Shah Alam, Fatimah Sham; Pegawai Undang-undang Mahkamah Sesyen/Majistret Petaling Jaya, Surya Wati Shawal; Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Selayang, Mohamad Zin Masod dan Pengurus Besar Audit Dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), N Jeeva.

Seramai 16 individu turut dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah. Mereka ialah Pegawai Memerintah Pusat Pembangunan dan Pengurusan TUDM Pulau Pinang, Leftenan Kolonel Mohd Safiee Mohd Yusof; Peguam Kanan Persekutuan Kamar Penasihat Undang-Undang Selangor, Norliza Zulkifli; Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor, Mohd Faizal Abdul Raji; Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Majlis Perbandaran Klang, Zailani Panot dan Pengurus Pemasaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Mohd Wazir Abdul Gani.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perhutanan Selangor, Mohd Basri Abdul Manaf; Pegawai Tadbir Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd Azhar Sarid @ Mohd Sharif; Pegawai Jurulatih Pakar Peningkatan Sekolah di Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Suhaimi Sabran; Pegawai Tadbir Agama/Pendaftar Kanan JAIS, Zainal Abidin Sulaiman dan Setiausaha Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Azman Dahlan.

Pengurus Asrama Yayasan Selangor Klang, Anizan Ibrahim; Penasihat Undang-undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Nurhani Salwa Jamaluddin; Pegawai Tadbir Perpustakaan Awam Raja Tun Uda, Zainuddin Tasiman; Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Mohamed Idris Haron; Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Mohd Asari Daud.

Bintang Perkhidmatan Cemerlang dikurniakan kepada tujuh individu iaitu Sub Inspektor Kebajikan, Sub Inspektor Md Punzan Yusof; Ketua Cawangan Hubungan Industri Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, S Sivaraja; Penolong Pegawai Kewangan Negeri di Perbendaharaan Selangor, Faizah Mohd Shafawi; Penyelia Pengurusan Pendidikan Jabatan Agama Islam Klang, Mohammad Khair Mahidin; Penolong Juruaudit Bahagian Dalaman Audit di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Mohd Azman Mohd Amin; Penolong Pegawai Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, Abd Rahim Jantan dan Pembantu Tadbir Tinggi (Bersara), Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Saadah Mohd Sekak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2015 @ 10:37 AM