KEADAAN pejabat pentadbiran sekolah yang berselerak selepas dipecah masuk.
KEADAAN pejabat pentadbiran sekolah yang berselerak selepas dipecah masuk.

Nilai: Empat penjenayah memecah masuk sekolah kebangsaan di Desa Cempaka, di sini, terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas gagal memecahkan peti besi dalam bilik pentadbiran itu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, keempat-empat suspek, termasuk dua wanita menceroboh sekolah berkenaan dengan memanjat pagar bahagian belakang.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5.30 pagi dan penjenayah bergegas ke bilik pentadbiran dengan mengumpil pintu bilik guru besar dan penolong kanan.

“Sebaik memasuki bilik guru besar, suspek menemui peti besi dan cuba memecahkannya menggunakan besi.

“Namun, cubaan suspek 30 minit gagal apabila peti besi itu terlalu kebal,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2015 @ 5:45 AM