ROSLY
ROSLY
Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Kejadian rompakan di kawasan perumahan Presint 15H, di sini, dipercayai dilakukan kumpulan sama berdasarkan modus operandinya iaitu masuk melalui pintu dapur selepas mengumpil dan memotong jeriji besi serta mengikat mangsa selain melakukan jenayah pada awal pagi.

Difahamkan, jenayah itu dilakukan empat warga Indonesia dikenali sebagai Geng Tong Gas turut dikehendaki polis di sekitar Kajang, Sepang dan Kuala Lumpur.

Kejadian terbaru semalam, apabila sepasang suami isteri didatangi empat perompak bersenjatakan pisau jam 5.30 pagi dan melarikan beberapa barangan berharga.

Difahamkan, penyamun memasuki rumahnya menerusi pintu dapur selepas mengumpil dan memotong pintu jeriji besi menggunakan pemotong besi.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia bersama isteri berada di bilik tidur utama di tingkat atas dan bersiap-siap untuk ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Subuh sebelum didatangi empat lelaki bertopeng masing-masing memegang pisau ‘Rambo’ dan pemotong besi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 7:52 AM