Mayat mangsa kanak-kanak yang ditemui lemas di Air Terjun Sungai Sendat, Hulu Yam Bharu.
Mayat mangsa kanak-kanak yang ditemui lemas di Air Terjun Sungai Sendat, Hulu Yam Bharu.

Kuala Kubu Bharu: Kegembiraan orang ramai yang berkelah di Taman Rekreasi Air Terjun Sungai Sendat, Hulu Yam Bharu, di sini, bertukar gempar apabila seorang kanak-kanak ditemui lemas, petang semalam.

Mangsa, Mohd Fahmi Abdul Kadir, 4, ditemui lemas jam 2.45 petang ketika mandi di air terjun berkenaan bersama ahli keluarganya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sejurus selepas insiden itu menjadi kecoh di taman rekreasi berkenaan.

Menurutnya, sepasukan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba 10 minit kemudian.

“Sebaik bomba tiba di kawasan itu, kanak-kanak lelaki terbabit sudah dijumpai dan dibawa naik oleh orang ramai yang membantu menyelamatkan mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh sepasukan paramedik yang turut tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2015 @ 5:21 AM