Oleh Siraj Mohd Zaini

Kuala Lumpur: “Faktor umur bukan kriteria utama bagi seseorang pengawal keselamatan, namun kekuatan fizikal dan pengalaman terpenting perlu diambil kira,” kata Penasihat Persatuan Kawalan Keselamatan, Datuk Shaheen Mirza Habib.

Menurutnya, tiada masalah menjadi pengawal keselamatan meskipun berusia, apatah lagi mereka menunjukkan prestasi kerja yang baik termasuk menghalang kes besar seperti rompakan bersenjata.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) meletakkan syarat individu berumur 65 tahun saja dibenarkan menjadi pengawal keselamatan, namun individu ‘veteran’ juga boleh memohon dengan syarat tertentu.

“Ada ramai yang berumur lebih daripada 65 tahun dan sihat tubuh badan memohon menjadi pengawal keselamatan, ia terpulang kepada individu terbabit.

“Untuk pengawal bersenjata pun sama, mereka perlu melalui sesi wawancara dan majikan perlu meneliti beberapa laporan termasuk kesihatan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 8:26 AM