ANTARA anugerah yang diterima Mohd Huzaire.
ANTARA anugerah yang diterima Mohd Huzaire.
Oleh Mohd Rafi Mamat

Bentong: Kecacatan dialami sedikit pun tidak menjejaskan semangat dan kesungguhan seorang guru yang juga insan istimewa, Mohd Huzaire Ahmad, 38, untuk menabur bakti mencurah ilmu kepada anak bangsa tercinta.

Sebaliknya, kekurangan itu menjadi landasan untuk membuktikan dia mampu menjadi antara pendidik yang terbaik.

Mohd Huzaire yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan LKTP Mempaga 2, di sini, berkata, menggunakan kerusi roda bukan alasan untuk dia terus mengeluh dan menyerah kalah.

Katanya, walaupun pernah kecewa dan berputus asa, namun dengan keyakinan menebal bersulam semangat juang tinggi, semua kelemahan dapat diatasi.

“Saya merasakan dunia ini gelap gelita dan seperti tidak percaya apabila doktor mengesahkan saya lumpuh dari paras pinggang ke bawah akibat kecederaan serius tulang belakang.

“Impian bergelar guru muzik seolah lenyap walaupun jawatan berkenaan sudah dalam genggaman, harapan menggunung sebelum ini hancur,” katanya.

Katanya, sejarah hitam terjatuh pokok rambutan setinggi dua meter kira-kira 15 tahun lalu memaksanya menerima rawatan selama tiga bulan di hospital mengubah segalanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 7:54 AM