Surabaya: Ahli keluarga pramugari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 reda dengan pemergian Khairunisa Haidar Fauzi, 22.

Abang mangsa, M Ikhsan Nul Kamil berkata, mereka sekarang cuma berharap jenazah yang sudah ditemui dengan pakaian pramugari adalah adik kesayangannya.

“Kami berharap jasad yang didakwa pramugari itu adalah adik kami.

“Alhamdulillah keluarga masih kuat, reda kalau memang adik saya yang meninggal dunia,” katanya kepada Detik.com di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya.

Menurutnya, kenangan manis bersamanya masih kuat di ingatan dan baginya Khairunisa seorang yang mudah bergaul dan suka menolong adik-beradik.

“Dia seorang yang baik, suka bantu dan saya sering minta bantuan Nisa. Dia juga anak yang manja kerana dalam sehari biasanya akan menelefon saya sebanyak empat kali,” katanya. - Detik.com

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 January 2015 @ 8:16 AM