HONOR Magic6 Pro didatangkan dengan tetapan tiga lensa
HONOR Magic6 Pro didatangkan dengan tetapan tiga lensa
Muhammad Saufi Hassan


GAMBAR sebelah malam yang dirakam menghasilkan imej paling terperinci biarpun kadar pencahayaan hanya 20 peratus.

Kejayaan rakaman gambar itu bertitik tolak kepada peranti baharu keluaran Honor iaitu Magic6 Pro yang dilengkapi dengan tetapan tiga lensa bersama sistem kamera 'Tele-falcon.'

Sebelum ini, peranti berkenaan diperkenalkan ketika Kongres Mudahalih Sedunia (MWC 2024) di Barcelona, Sepanyol, bulan lalu.

Peranti Honor Magic6 Pro ini menjadi peranti kelas perdana terbaharu untuk Honor dan meneruskan legasi dengan penetapan spesifikasi serba maju.

Sesuai dengan peranti kelas perdana, Honor Magic6 Pro dilengkapi dengan tetapan tiga lensa termasuk salah satu lensa berkeupayaan 180 megapiksel (MP) sistem kamera 'Tele-falcon.'

Bagi dua lagi lensa berkeupayaan 50MP sebagai lensa utama dan 50MP untuk sudut ultra lebar.

Peranti berkenaan dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 sekali gus memberikan keupayaan luar biasa dan sokongan terhadap Kecerdasan Buatan (AI).

Honor Magic6 Pro menjalankan sistem operasi MagicOS 8.0 iaitu sistem antara muka pertama berasaskan kepada AI dan memberikan pengalaman yang lancar kepada pengguna.

Pada masa sama, peranti ini juga dilengkapi dengan 'Magic Capsule' yang memberikan maklumat kepada pengguna khusus untuk notifikasi tanpa perlu membuka banyak aplikasi.

Peranti ini didatangkan dengan saiz skrin 6.8 inci dengan paparan LTPO dan dilengkapi dengan 'NanoCrystal Shield' yang mempunyai 10 kali lebih tahan daripada kaca biasa.

Sistem kamera 'Tele-falcon.' berkenaan memberikan dimensi baharu dalam fotografi mudah alih malah ia memberikan imej lebih terperinci jika dibandingkan dengan peranti kelas perdana yang lain.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan teknologi peneraju industri dalam pelbagai aspek termasuk paparannya dilengkapi dengan NanoCrystal Shield Honor.

Menerusi pelindung berkenaan, ia bukan hanya 10 kali lebih kuat daripada kaca biasa, malah lebih kuat daripada Corning Gorilla Glass.

Ia sekali gus memberikan keselesaan kepada pengguna jika peranti terjatuh dengan permukaan keras, Honor Magic6 Pro mampu bertahan dengan keadaan ekstrem seperti itu.

Pada masa sama, peranti ini didatangkan dengan bateri terbesar dalam kalangan telefon perdana arus perdana di pasaran dengan bateri karbon silikon berkapasiti 5,600mAh, memastikan hayat bateri yang lama.

Kamera Tele-falcon 180MP menyediakan pengalaman fotografi yang inovatif kerana ia boleh menangkap objek bergerak pantas dengan jelas dan merakam foto dengan kejelasan ultra tinggi walaupun selepas melakukan pembesaran atau zum.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2024 @ 6:45 AM