GOOGLE menyatakan bahawa perkhidmatan Bard itu menggabungkan AI.
GOOGLE menyatakan bahawa perkhidmatan Bard itu menggabungkan AI.
Muhammad Saufi Hassan


Platform enjin carian terbesar, Google mengorak langkah dengan mengembangkan perkhidmatan mereka menerusi perbualan bot (Chatbot) berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) yang dikenali sebagai 'Bard'.

  Perkhidmatan itu adalah mirip kepada chatbot, ChatGPT yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan pengguna Internet pada masa kini.

  Bagaimanapun, perkhidmatan Bard berkenaan masih diperingkat pembangunnan dan akan diuji oleh sekumpulan pengguna terpilih sebelum ditawarkan secara meluas.

  Berdasarkan satu kenyataan, Google menyatakan bahawa perkhidmatan Bard itu menggabungkan AI, pengetahuan luas dunia dengan model berkuasa, kecerdasan dan kreativiti.

  "Ia menggunakan maklumat daripada web untuk memberikan respons yang baharu dan berkualiti tinggi," katanya,

  Perkhidmatan ini akan dikuasakan oleh Model Bahasa Google untuk Aplikasi Dialog, model bahasa yang dilancarkan pada 2021.

  Baru-baru ini, ChatGPT menjadi topik utama dalam dunia teknologi khususnya pemain industri utama yang melihat platform baharu berkenaan mempunyai sisi positif serta negatif.

  Google menyifatkan Bard sebagai alat yang mengupayakan enjin carian popularnya, membantu pengguna mencari jawapan dan penjelasan dalam format soalan dan respons.

  Pada masa sama, Google tidak menyatakan tarikh awal pelancaran secara meluas untuk perkhidmatan baharu berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2023 @ 12:32 PM