Muhammad Saufi Hassan

 

 

Syarikat gergasi teknologi, Google mengumumkan akan mengurangkan 12,000 tenaga kerjanya atau mengurangkan kira-kira enam peratus daripada kakitangannya.

  Langkah itu didorong oleh pemberhentian sektor teknologi serta peralihan kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang berterusan.

  Menerusi satu portal teknologi terkemuka melaporkan langkah sama turut diambil oleh Microsoft yang mahu mengurangkan 10,000 pekerja awam manakala Amazon akan melaksanakan pemberhentiaan sekitar 18,000 orang.

  Cybernews melaporkan bahawa langkah Google itu diumumkan sendiri oleh ketua pegawai eksekutifnya, Sundar Pichai menerusi emel kepada pekerjanya.

  Memetik laporan berkenaan, Pichai berkata, syarikat itu mengalami 'tempoh pertumbuhan dramatik' sejak dua tahun lalu tetapi menghadapi realiti ekonomi yang berbeza hari ini.

  Beliau berkata pengurangan akan membolehkan Google 'menggapai sepenuhnya' peluang masa depan.

  "Kekangan dalam beberapa kawasan membolehkan kami bertaruh besar pada orang lain," katanya.

  Awal minggu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella juga berkata, AI akan menyokong gelombang pengkomputeran seterusnya dan syarikat itu perlu bersedia untuk kekal penting dalam industri.

  Sebagai tanda peralihan keutamaan dalam industri teknologi, Microsoft berkata, ia sedang mempertimbangkan untuk melabur kira-kira RM40 bilion (USD 10 bilion) ke dalam OpenAI, pemilik ChatGPT.

  Sementara itu, Google bertindak pantas untuk menutup perkhidmatan permainan berasaskan awanan iaitu Stadia selepas ia gagal mendapat tarikan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2023 @ 12:41 AM