PENGGUNA hari ini lebih cenderung untuk memiliki bar bunyi atau 'soundbar' yang mampu menghasilkan bunyi persis panggung wayang.
PENGGUNA hari ini lebih cenderung untuk memiliki bar bunyi atau 'soundbar' yang mampu menghasilkan bunyi persis panggung wayang.
Muhammad Saufi Hassan


SISTEM audio sememangnya menjadi pelengkapkepada set teater rumah termasuk ia memberinilai tambah dalam setiap video yang ditawarkan.

Sejak bertahun lalu, Samsung menawarkan kepelbagaian peranti audio dengan keupayaanfideliti tinggi sekali gus memberi pengalaman yang terbaik kepada pengguna.

Pengguna hari ini mempunyai banyak pilihandalam aspek akses kandungan penstriman video dan wujud keperluan untuk memenuhi pengalaman dalam aspek penawaran sistem audio yang bukan saja mesra pengguna serta sesuai dengan ruang kediaman.

Mungkin bagi pengguna yang tidak biasa dengan saluran bunyi, dua sistem saluran bunyi mengandungi stereo speaker di bahagian kiridan kanan manakala untuk tiga saluran didatangkan dengan speaker tambahan.

Untuk sebuah perkakas bunyi 3.1 akan dilengkapi dengan satu subwoofer khusus untukbunyi frekuensi rendah manakala untuk 5.1 akan didatangkan dengan penambahan speaker di bahagian belakang.

Sistem bunyi 5.1.4 pula akan dilengkapidengan dua saluran speaker memberikan bunyi tiga dimensi persekitaran sekali gus menghasilkan bunyi objek di luar daripada skrin.

Pada awal tahun ini, Samsung Electronics memperkenalkan bar bunyi atau 'soundbar' yang pertama di dunia menerusi saluran 11.1.4 dan ia mampu memberikan pengalaman kepada pengguna dengan penawaran bunyi lebih persisdan memenuhi ruang.

PENGALAMAN panggung wayang di rumah hasil kejuruteraan bunyi Samsung memberi pengalaman unik buat pengguna.
PENGALAMAN panggung wayang di rumah hasil kejuruteraan bunyi Samsung memberi pengalaman unik buat pengguna.

Kejayaan penawaran bunyi berkenaan adalah usaha berterusan daripada Samsung yang memberikan peranti berteknologi tinggi khusus untuk kepuasan pengguna yang mementingkan kejituan bunyi bak sistem audio panggungwayang.

Soundbar baharu Samsung ini dilengkapidengan sistem bunyi saluran 11.1.4 yang memberikan kejelasan serta bunyi persekitaran(surround).

Jika pengguna sedang menonton filem aksi, HW-Q950A ini bakal 'membawa pengguna' kepada persekitaran persis di dalam filem berkenaan hasil daripada teknologi saluran yang ditawarkan pada perkakas berkenaan.

Contoh nya, jika filem ini memaparkan bunyi kapal terbang, pengguna akan dapat merasainya tatkala kapal terbang itu menghampiri sehingga kepada berlalunya pesawat berkenaan.

Situasi sama juga untuk aksi kejar mengejar

yang menghasilkan deruman enjin kereta super, perkakas baharu keluaran Samsung ini akan memberikan bunyi persekitaran yang bukansaja persis malah padat dengan pelbagai taburan frekuensi bunyi.

SAMSUNG hasilkan ’Soundbar’ pertama di dunia menggunakan saluran ’11.1.4’.
SAMSUNG hasilkan ’Soundbar’ pertama di dunia menggunakan saluran ’11.1.4’.

Semua itu dapat dihasilkan daripada teknologi Samsung yang menggunakan empat speaker utama, subwoofer sebagai penghasil bass dan dua speaker di bahagian belakang.

Bar bunyi ini turut menyokong teknologi bunyi Dolby Atmos dan Samsung Electronics merancang untuk menggabungkan teknologi Q-Symphony dalam meningkatkan jumlah produknya.

Teknologi Q-Symphony berkenaan adalah rekaan khusus untuk produk keluaran Samsung serta menghasilkan keupayaan bunyi lebih baik berbanding penalaan bunyi biasa.

Q-Symphony berkenaan akan melakukan penyeragaman penghasilan runut bunyi yang dikeluarkan oleh televisyen serta bar bunyi(sound bar) pengguna sekali gus bunyi yang terhasil lebih bersinergi.

Teknologi itu juga akan memberikanpengalaman luar biasa serta unik kepada pengguna khususnya untuk merasai pengalaman umpama panggung wayang.

Teknologi ini menyediakan bunyi 3D yang realistic untuk membolehkan pengguna menikmati audio yang lebih mendalam merentas pelbagai kandungan.

SAMSUNG menerusi kejuruteraan termaju mereka menjanjikan pengalaman kepenggunaan pada tahap yang lebih baik.
SAMSUNG menerusi kejuruteraan termaju mereka menjanjikan pengalaman kepenggunaan pada tahap yang lebih baik.

Mungkin ada pengguna yang mempersoalkan tentang keupayaan bunyi kerana ia banyak bergantung kepada persekitaran iaitu ketinggiansiling, luas sesuatu ruang dan sebagainya.

Menyedari saiz dan ciri gema bilik, bar bunyikeluaran Samsung menggunakan mikrofonterbina serta DSP dalam TV QLED untuk menyampaikan bunyi yang optimum.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web https://news.samsung.com/global/a-closer-look-at-the-worlds-first-11-1-4... maklumat terperinci.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 April 2022 @ 6:40 AM