ASPEK automasi menjadi kunci kepada masa depan bidang industri sekali gus memerlukan graduan yang celik teknologi.
ASPEK automasi menjadi kunci kepada masa depan bidang industri sekali gus memerlukan graduan yang celik teknologi.
Muhammad Saufi Hassan


BIDANG teknologi hari ini berkembang dengan begitu pesat sekali gus dapat membantu kehidupan harian manusia bermula daripada pengurusan maya sehingga kepada bidang industri.

Bidang industri pastinya mendapat impak yang lebih besar hasil daripada kemajuan teknologi ini namun ia secara tidak langsung memberi kesan kepada peluang pekerjaan secara keseluruhannya.

Biarpun kemajuan aspek automasi dalam industri masih memerlukan tenaga

pakar daripada manusia, namun kapasiti pekerja sudah dapat dikurangkan hasil bantuan robot serta teknologi ini.

Ia memberi gambaran bahawa graduan yang ingin terus relevan dalam pasaran kerjaya perlu mempunyai kemahiran teknologi yang berkaitan dan tidak hanya bergantung kepada sijil serta kursus yang diambil di institusi pengajian tinggi.

Pendapat itu disuarakan oleh Pakar Ekonomi yang juga Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed yang melihat bahawa pasaran kerjaya graduan pada masa depan lebih mencabar.

Menurutnya, tahap integrasi teknologi dalam industri juga turut meningkat dengan begitu cepat susulan daripada penularan pandemik Covid-19 yang menjadi faktor pendorong kepada digitalisasi berkenaan.

KEMAJUAN teknologi banyak memberi kesan positif kepada kehidupan manusia namun dalam masa sama, ia memberi cabaran baharu kepada graduan untuk kekal relevan.
KEMAJUAN teknologi banyak memberi kesan positif kepada kehidupan manusia namun dalam masa sama, ia memberi cabaran baharu kepada graduan untuk kekal relevan.

"Ini yang sedang kita hadapi apabila cabaran Revolusi Industri 4.0 atau IR 4.0 berasaskan kepada industri automasi.

"Teknologi ini seumpama Tsunami. Ia akan menenggelamkan mereka yang tidak mengunakannya. Namun ia berupaya menjadi perisai jika graduan menggunakan kekuatan serta peluang dalam teknologi untuk mengembangkan kebolehan khususnya semasa era pandemik Covid-19.

"Oleh itu, graduan dalam pelbagai bidang perlu mempersiapkan dia dengan teknologi terkini dalam bidang masing-masing bahkan berkemungkinan teknologi berkenaan melangkaui bidang sediaada graduan dan ianya bakal menjadi nilai tambah yang amat bernilai untuk mem

perolehi pekerjaan pada masa akan datang," katanya kepada ITMetro dalam satu wawancara khas, semalam.

Beliau berkata, pada masa depan juga kebanyakan peluang pekerjaan lebih menjurus kepada teknologi dan pengetahuan terkini dalam teknologi mampu untuk membantu graduan memperolehi pekerjaan.

Pada masa sama, mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Datuk Dr Mohd Sofi Osman berkata, perkara utama yang boleh dilihat adalah peningkatan pasaran semikonduktor di Amerika Syarikat (AS) sebanyak 6.5 peratus pada tahun lalu dan jangkaan peningkatan 10 tahun akan datang sebanyak 50 peratus.

GRADUAN hari ini perlu pintar serta celik teknologi untuk membolehkan mereka terus relevan dalam pasaran kerjaya.
GRADUAN hari ini perlu pintar serta celik teknologi untuk membolehkan mereka terus relevan dalam pasaran kerjaya.

"Nilai 50 peratus ini amat besar sekiranya nilai pasaran semikonduktor sedunia iaitu lebih RM800 bilion (USD439 bilion), diambil kira.

"Kesan pandemik Covid-19 di mana 'kerja dari rumah' meningkatkan permintaan cip-ingatan semikonduktor disebabkan peningkatan pengunaan komputasi-awanan (cloud computing).

"Bekerja dari rumah juga berupaya mengatasi kekangan yang dihadapi oleh industri pembuatan semikonduktor di Malaysia dengan prestasi kecekapan menghampiri 100 peratus dengan hanya 50 peratus kakitangan yang hadir," katanya.

Menurutnya, Ini menunjukkan keupayaan negara untuk bangkit ketika berdepan saat kecemasan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Jun 2021 @ 7:00 AM