APLIKASI WhatsApp.
APLIKASI WhatsApp.
Muhammad Saufi Hassan


APLIKASI pesanan paling popular, WhatsApp mengumumkan untuk menghentikan sokongan kepada peranti keluaran Apple iaitu iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS 9.

Ia juga secara tidak langsung menghentikan sokongan bagi aplikasi berkenaan untuk mana-mana peranti yang masih menggunakan sistem operasi iOS 9 serta terdahulu.

WhatsApp dalam satu kenyataannya berkata, aplikasi berkenaan akan terus menyokong iOS 10 sehingga sistem operasi terkini milik Apple.

Untuk pengguna Android pula, aplikasi itu terus menyokong sistem operasi 4.0.3 sehingga terkini.

Pada tahun lalu, WhatsApp mengumumkan tidak lagi menyokong iPhone dengan iOS 8 dan Android 4.0.2 ke bawah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mac 2021 @ 12:27 PM