Muhammad Saufi Hassan

 

 

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina yang merayakan tahun lembu, pengguna boleh berkongsi gambar kenangan menerusi peranti pintar keluaran Apple iaitu iPhone 12.

Ia adalah salah satu langkah untuk memeriahkan musim perayaan biarpun ketika ini berdepan dengan pandemik Covid-19 sekali gus membataskan sambutan perayaan.

Pengguna peranti berkenaan boleh berkongsi gambar menarik dengan memuat naik bersama tanda pagar, #ShotoniPhone12 di akaun media sosial masing-masing.

Menerusi kempen itu juga, pengguna boleh mengetahui keupayaan sistem kamera iPhone 12 yang dilengkapi dengan lensa generasi terkini serta berkeupayaan untuk merakam gambar atau video dalam pelbagai keadaan.

Menerusi akaun seorang pengguna Instagram, Zarnizar yang menggunakan peranti iPhone 12 Mini berkongsi beberapa keping gambar yang menampilkan tiga keadaan dalam suasana mempersonakan.

Antara dua keping gambar yang dikongsi memperlihatkan keupayaan dalam rakaman gambar kurang pencahayaan menggunakan iPhone 12 Mini dengan estetik cahaya sebagai latar belakang.

Pengguna lain juga boleh berkongsi kreativiti masing-masing menggunakan tanda pagar berkenaan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2021 @ 12:03 PM