PERANTI iPhone 12 Mini mempunyai cip pemproses yang sama digunakan bagi semua variasi iPhone 12.
PERANTI iPhone 12 Mini mempunyai cip pemproses yang sama digunakan bagi semua variasi iPhone 12.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


BOLEH dikatakan semua pengeluar telefon pintar ada mengeluarkan versi peranti 'mini' mereka, namun hampir semua akan menggunakan spesifikasi 'degradasi' untuk peranti kompak.

Tindakan berkenaan akan menghilangkan 'keupayaan' peranti berkenaan sekali gus membuatkan pengguna memilih peranti versi biasa berbanding mini.

Mungkin umum mengetahui bahawa konotasi 'mini' berkenaan bermaksud 'spesifikasi degradasi' namun keadaan itu tidak berlaku untuk peranti ikonik Apple, iPhone 12 Mini.

Apple bijak menambat hati pengguna dengan pengenalan empat variasi iPhone mereka yang baharu bermula dengan iPhone 12 Mini sehingga kepada iPhone 12 Pro Max.

Bagi iPhone 12 Mini, Apple menggunakan pemproses A14 Bionic iaitu cip sama yang digunakan untuk semua barisan iPhone dan yang membezakan hanyalah saiz dan sensor kamera saja.

Kuasa peranti iPhone 12 Mini hampir sama dengan barisan iPhone 12 Pro Max dan menjadikan telefon pintar berkenaan lebih mampu milik untuk pengguna yang tidak mahu berbelanja besar.

Menyentuh aspek prestasi, penulis mencuba iPhone 12 Mini, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro Max dan jika melihat kepada aspek keupayaan prestasi, ia tidak banyak berbeza malah versi Mini adalah setara dengan p

restasi versi iPhone 12 yang lain.

Jika pengguna berfikir bahawa versi Mini ini pastinya padanan spesifikasi yang rendah, tetapi itu tidak berlaku untuk produk keluaran Apple dan pengguna harus memikirkan semula konotasi berkenaan.

Peranti iPhone 12 Mini berkenaan menggunakan keluasan paparan 5.4 inci dengan Super Retina paparan XDR Display yang menghasilkan kejelasan tona warna biarpun di bawah sinaran matahari.

Reka bentuk yang kompak sebenarnya sesuai untuk pengguna yang tidak mahu poket mereka 'terbeban' untuk membawa peranti pintar bersaiz besar malah kompak ini mempunyai keupayaan sama dengan saiz besar.

RAKAMAN gambar malam mengagumkan menerusi rekaan lensa baharu yang membolehkan kemasukan cahaya 27 peratus lebih baik.
RAKAMAN gambar malam mengagumkan menerusi rekaan lensa baharu yang membolehkan kemasukan cahaya 27 peratus lebih baik.

Cip pemproses yang digunakan iaitu Apple A14 Bionic adalah sama yang digunakan untuk versi Pro atau Pro Max, malah pemproses itu mampu untuk melaksanakan pelbagai tugasan dalam satu-satu masa tanpa sebarang masalah.

Sistem kamera untuk iPhone 12 Mini menggunakan tetapan dua lensa iaitu untuk sudut lebar dan ultra lebar termasuk keupayaan rakaman gambar malam yang sangat berkuasa.

Untuk lensa sudut lebar berkenaan, Apple menggunakan lensa baharu yang mampu memberi 27 peratus kecerahan lebih baik, jadi pengguna iPhone 12 Mini tidak mempunyai masalah untuk merakam gambar malam dengan baik.

Jika pengguna gemar merakam video, iPhone 12 Mini mampu untuk melakukan sama seperti versi lain dengan rakaman resolusi 4K HDR bersama Dolby Vision dan pengguna boleh melakukan suntingan terus menggunakan iMovies tanpa sebarang masalah.

Peranti ini juga turut dilengkapi dengan MagSafe memudahkan pengguna dengan hanya meletakkan peranti kepada pad pengecas MagSafe.

Ujian penulis kepada MagSafe ini juga sangat mengagumkan apabila ia adalah pengecas tanpa wayar paling pantas pernah diuji berbanding jenama lain.

Secara keseluruhannya, pengguna boleh memilih sebarang versi iPhone tanpa perlu bimbang mengenai keupayaan prestasi memandangkan ia hampir sama untuk semua versi dan penanda yang membezakan adalah ciri khusus bergantung kepada kesesuaian pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 6:44 AM