KUALA LUMPUR 01 JULAI 2019. Telefon pintar Nubia Red Magic 3 akan dilancarkan di pasaran tempatan. NSTP/EMAIL
KUALA LUMPUR 01 JULAI 2019. Telefon pintar Nubia Red Magic 3 akan dilancarkan di pasaran tempatan. NSTP/EMAIL
Muhammad Saufi Hassan


PENGELUAR telefon pintar berpangkalan di China, Nubia Technology akan menawarkan peranti terbaru miliknya iaitu Red Magic 3 untuk pasaran tempatan.

Nubia Red Magic 3 menggunakan pemproses Snapdragon 855 yang dipadankan dengan memori (RAM) 8GB atau 12GB berdasarkan varian pilihan pengguna.

Peranti ini menggunakan skrin 6.65 inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz dan mempunyai keupayaan bateri 5,000mAh untuk kemudahan pengguna tanpa perlu bimbang untuk pengecasan semula.

Bagi kamera pula, telefon pintar ini menggunakan lensa utama beresolusi 48 megapiksel (MP) manakala kamera swafoto adalah 16MP.

Red Magic 3 mempunyai dimensi ukuran 71.7 x 78.5 x 9.7 milimeter dan seberat 215 gram. Berdasarkan binaan fizikal, peranti berkenaan dibina dengan kaca di bahagian depan dan binaan aluminium secara keseluruhannya.

Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan panel cahaya RGB di bahagian belakang untuk memberikan nilai kosmetik kepada peranti berkenaan.

Secara keseluruhan, peranti ini mempunyai prestasi yang sangat baik dan mampu untuk melancarkan apa saja aplikasi sama ada permainan tanpa sebarang masalah.

Mungkin tidak ramai pengguna di negara ini yang mengenali jenama berkenaan namun Nubia menerusi beberapa pelancaran telefon pintar miliknya sudah menunjukkan kemampuannya.

Malah, jenama itu mampu untuk bersaing dengan jenama arus perdana lain dan memberikan spesifikasi yang sangat baik di samping harga mampu milik.

SPESIFIKASI

Pemproses: Snapdragon 855

RAM: 8GB/12GB

Kamera utama: 48MP

Kamera swafoto: 16MP

Bateri: 5,000mAh

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2019 @ 9:13 AM