PEMBAHARUAN iOS.
PEMBAHARUAN iOS.
Afiq Hanif

Apple kini fokus kepada pembangunan realiti maya (AR) melalui sistem operasi terbarunya termasuk iOS, macOS dan watchOS.

Terbaru, ciri memoji untuk iOS 12 dan macOS Mojave antara ciri baru yang mencuri tumpuan dalam Persidangan Pembangun Sedunia Apple 2018 (WWDC 2018).

Dihadiri hampir 6,000 pembangun, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengumumkan tujuh pembaharuan utama untuk iOS, macOS dan watchOS.

“WWDC 2018 adalah persidangan utama pembangun apabila tujuan utamanya lebih kepada pengumuman berkaitan perisian untuk makluman mereka,” kata Cook.

Cook berkata, App Store akan menjangkau 10 tahun usianya pada bulan depan dan sehingga kini, lebih 500 juta lawatan ke App Store setiap minggu dengan lebih RM390 bilion dibayar kepada pembangun setakat ini.

Memoji membolehkan anda merubah emotikon wajah sendiri kepada animasi.

Sistem baru untuk MacBook dan iMac pula memperlihatkan sistem operasi Mojave yang menampilkan antaramuka kemas dan minimalis.

Buat pertama kali juga, FaceTime kini boleh berlangsung secara berkumpulan dengan lebih 32 individu menyertai sembang video serentak.

Fokus kepada AR, WWDC 2018 mencuri tumpuan dengan pelbagai game berasaskan 3D bakal diperkenalkan.

Jam pintar Apple juga lebih maju apabila pengguna boleh menggunakan ciri seakan walkie talkie untuk berbual terus melalui Apple Watch.

TIM Cook memperkenalkan ciri baru Apple.
TIM Cook memperkenalkan ciri baru Apple.

“Swift adalah platform terbaik untuk pengekodan bagi pembangunan aplikasi

“Ia (pengekodan) cara terbaik untuk berfikir secara kreatif dan mudah digunakan,” kata Cook.

iOS 12 menampillkan prestasi dua kali ganda yang dipertingkatkan.

Aplikasi natif untuk iOS, Measure bertindak secara AR diperkenalkan yang mampu mengukur objek di kamera.

“Photo dalam iOS yang pantas dengan indeks lebih empat juta acara seperti konsert, percutian dan sebagainya,” kata Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Perisian Apple Craig Federighi.

Terdapat tab baru dinamakan For You manakala cara kongsi foto baru dengan Sharing Suggestions memudahkan anda berkongsi foto bersama rakan lain.

Sementara itu, fungsi Do Not Disturb diperkasa apabila tiada lagi notifikasi terpapar di skrin yang mengganggu tidur.

Apabila bangun pada waktu pagi pula, paparan Good Morning akan disiakan dulu sebelum notifikasi keluar.

Semua kemas kini baru ini boleh dipindah turun bermula September nanti namun versi beta sudah boleh dicuba bermula sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Jun 2018 @ 1:11 PM