FESYEN Hallyu untuk peminat di Malaysia.
FESYEN Hallyu untuk peminat di Malaysia.
Siti Nadirah Hafidzin


The Twee, jenama fesyen Korea terkemuka kini mengorak langkah ke pasaran fesyen Malaysia dengan memperkenalkan koleksi terbaru di kedai pertamanya di Asia Tenggara, di pusat beli-belah KL Gateway, Bangsar South, Kuala Lumpur.

Bagi si fesyenista yang mengikuti perkembangan fesyen negara Hallyu itu, bolehlah meninjau lebih 30 koleksi ceria berwarna terang yang menampilkan pakaian bercorak bunga untuk helaian wanita dan lelaki.

Dihasilkan sepenuhnya di Korea Selatan, semua koleksi terbaru itu direka mengikut perkembangan fesyen terkini di Korea yang juga sesuai untuk pelbagai lapisan usia.

PADANAN sopan namun tetap menawan.
PADANAN sopan namun tetap menawan.

The Twee berusaha untuk membawakan fesyen terkini Korea ke Malaysia dan lebih menarik rekaannya mengambil kira keadaan cuaca di negara ini supaya ia boleh digayakan sepanjang masa.

Pengurus Besar Bluebell Horizon Aqmal Azam berkata, ‘Gelombang Korea’ juga dikenali sebagai ‘Hallyu’ tidak asing lagi kepada rakyat di negara ini.

“Dapat dilihat gelombang itu mempunyai pengikutnya tersendiri di sini yang diikuti melalui tarian, makanan, fesyen, gaya rambut dan solekan.

GAYA ranggi untuk jejaka.
GAYA ranggi untuk jejaka.

“Berdasarkan jumlah peminatnya yang semakin ramai di negara ini, kami yakin dapat mengembangkan arus fesyen Korea di Malaysia,” katanya.

Katanya, penggemar fesyen Korea kini boleh mendapatkan koleksi terkini negara itu dengan lebih mudah serta menjimatkan.

“Setiap rekaan adalah terkini dan istimewa, kini sesiapa saja mampu bergaya ala ‘Korea’ dengan mudah. Setiap koleksi didatangkan dengan pilihan saiz yang pelbagai dan tawaran harga berpatutan,” ujarnya.

PENAMPILAN santai buat si manis yang berani.
PENAMPILAN santai buat si manis yang berani.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Oktober 2017 @ 4:06 PM