KEMPEN Share A Little Comfort CSR Drypers bagi tahun ini.
KEMPEN Share A Little Comfort CSR Drypers bagi tahun ini.
Siti Nadirah Hafidzin


Drypers, selaku peneraju jenama lampin pakai buang di Malaysia menjalankan program tanggungjawab korporat sosial (CSR), Share A Little Comfort CSR bagi tahun ini.

Susulan kempen pertama yang dilancarkan tahun lalu, program itu kini menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan Drypers dalam usaha mewujudkan ruang selesa buat kanak-kanak kurang bernasib baik.

Seperti tahun lalu, program itu bertujuan memperbaharui rumah anak yatim supaya menjadi kediaman lebih selesa dengan bantuan ahli Drypers Baby Club.

Berbanding tahun lalu, program inisiatif tahun ini diperluaskan ke kawasan di luar Lembah Klang dan sekitar pedalaman. Justeru, Share A Little Comfort menjemput ibu bapa penyayang menyumbang mata ganjaran Drypers Baby Club sebagai sumbangan kepada penganjur atau menjadi sukarelawan dalam menjayakan kerja membaik pulih dan mengubah suai kediaman.

Pengarah Pemasaran Vinda Group (South East Asia), Evelyn Chan berkata, matlamat pihaknya adalah untuk merombak suasana rumah supaya kanak-kanak mempunyai ruang lebih selesa dan menyenangkan.

“Share A Little Comfort menghubungkan kalangan ibu bapa yang rata-rata suka membantu supaya dapat menambah baik kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“Ibu bapa boleh memilih sama ada membantu dalam bentuk sumbangan mata ganjaran Drypers Baby Club ataupun menawarkan bantuan fizikal secara sukarela. Apa cara sekalipun, sumbangan mereka tetap penting dan amat bermakna,” katanya.

Kempen itu nyata sesuai dengan jenama Drypers yang mementingkan aspek keselesaan, pembangunan ikatan dan mewujudkan hubungan unik dengan mengajak komuniti melakukan sesuatu berbeza dalam cara yang mampu meninggalkan kesan dan kekal lama.

Ahli Drypers Baby Club digalakkan menyumbang mata ganjaran (dikumpul menerusi pembelian produk Drypers) dalam jumlah 100, 300 atau 500 menerusi akaun dalam talian.

Matlamat akhir Drypers adalah mengumpul satu juta mata ganjaran yang bersamaan RM100,000 dengan setiap sumbangan dipadankan sendiri oleh Drypers.

Drypers kini sudah mengenal pasti empat rumah anak yatim yang memerlukan penambahbaikan iaitu dua daripadanya terletak di luar Lembah Klang.

Baik pulih kediaman pertama ialah di Chemor, Perak dijalankan pada 22 April lalu seiring dengan Hari Pengiktirafan Sukarelawan.

Sukarelawan daripada Vinda Group, ibu bapa dan profesional turun padang menghulurkan bantuan dalam menaik taraf Yayasan Amanah An-Nur Maisarah iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sejak 2006 untuk menyediakan kemudahan penginapan dan pendidikan kepada kanak-kanak lelaki berusia setahun hingga 17 tahun.

Pelbagai penambahbaikan dilakukan ke atas rumah anak yatim itu yang kini menjadi kediaman kepada 53 kanak-kanak. Antara yang dilakukan ialah membaiki siling dan pintu, menggantikan kipas dan perkakasan elektrik, mengecat dinding dengan warna lebih ceria dan menyediakan katil baru.

Bagi menjayakan usaha itu, Drypers sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan Akemi, Favorita dan Khind sebagai rakan kongsi dalam inisiatif CSR ini.

Sebagai jenama lampin pakai buang pilihan ibu bapa Malaysia sejak lebih 17 tahun lalu, Drypers dikenali sebagai peneraju dalam menyediakan keselesaan kepada si kecil. Drypers sepenuh hati percaya bahawa setiap kanak-kanak layak untuk merasai keselesaan dan disayangi. Pastinya program CSR sebegini adalah contoh yang terbaik dalam merealisasikan nilai ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Drypers dan kempen program dijalankan, layari www.drypers.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 12:31 PM