CHAI (berdiri, kanan) menyampaikan hadiah kepada  penerima sumbangan.
CHAI (berdiri, kanan) menyampaikan hadiah kepada penerima sumbangan.

MATRIX Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) menjalankan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meraikan dan membantu golongan kurang bernasib baik dan memerlukan pada perayaan Krismas tahun ini.

Kira-kira 100 rumah anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan, berumur antara 4 tahun hingga 12 tahun di Seremban meraikan aktiviti Krismas yang dianjurkan semasa pelancaran Christmas Candyland di d'Tempat Country Club.

Inisiatif CSR adalah sebahagian objektif Kumpulan untuk bersama menyemarakkan semangat kebaikan dan kemurahan hati dalam memberi ganjaran kepada kanak-kanak yang memerlukan kasih sayang semasa musim perayaan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts, Chai Keng Wai berkata, program CSR Krismas tahun ini mencerminkan komitmen syarikat menggalakkan pembabitan masyarakat seperti pekerja, pelanggan dan komuniti untuk meluangkan masa bersama dalam acara ini.

"Ini selaras sebahagian misi dan matlamat kami mengekalkan projek kemampanan sosial dengan menganjurkan program sedemikian pada semua perayaan utama," katanya dalam kenyataan selepas majlis penyerahan replika cek kepada rumah kebajikan di Seremban.

Sebelum ini, Chai turut melancarkan hari pertama acara disusun di Christmas Candyland bermula 9 Disember lalu sehingga 24 Disember ini.

Orang ramai boleh menyertai aktiviti bengkel pada hujung minggu sahaja seperti mencipta manisan, kraf halia dan perhiasan Krismas.

Acara kemuncak yang dinanti-nantikan adalah pertunjukan bunga api yang menakjubkan pada Malam Krismas pada jam 10 malam, menandakan kemuncak acara itu dan sambutan tahun baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Disember 2023 @ 7:01 AM