DR Jezamine Lim Iskander bakal berkongsi cerita dan tip penjagaan si kecil.
DR Jezamine Lim Iskander bakal berkongsi cerita dan tip penjagaan si kecil.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Gelak ketawa, jelingan manja dan genggaman halus jari jemari pastinya menjadi detik istimewa yang dialami ibu sepanjang tempoh membesarkan serta mendidik si kecil.

Ia perkara biasa bagi sesetengah individu, namun aspek normal itulah yang membuatkan setiap momen berupaya mengukuhkan ikatan hubungan antara ibu dan anak.

Atas kesedaran itu, Drypers kini membawakan misi untuk menyemarakkan lagi hubungan unik itu menerusi kempen ‘Moms of Malaysia’ yang berlangsung di Sunway Pyramid pada 23 hingga 26 April ini.

Drypers, jenama lampin pilihan kebanyakan ibu di negara ini sejak 15 tahun lalu tampil dengan kempen terbabit sebagai tanda penghargaan kepada usaha wanita yang tanpa lelah berkorban dan mencurahkan kasih sayang untuk ahli keluarganya.

Menerusi kempen ini, Drypers berusaha meraikan golongan ibu dalam satu majlis yang turut disertai anak mereka, seiring dengan sambutan Hari Ibu tahun ini.

“Kami mahu raikan detik menarik ini yang mungkin nampak remeh, tetapi ia amat bermakna bagi golongan ibu.

“Masa pantas berlalu ketika mereka sibuk membesarkan si manja lalu majlis ini diharapkan dapat membuatkan golongan ibu menikmati saat interaksi indah bersama anak mereka.

“Kempen Drypers ‘Moms of Malaysia’ ini juga menggalakkan golongan ibu berterusan menghargai detik harian bersama anak dan keluarga mereka. Ia sentimen yang sentiasa didokong Drypers,” kata Evelyn Chan, Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd.

Selebriti tempatan antaranya Aishah Sinclair, Dr Jezamine Lim Iskander dan Elaine Daly bakal memeriahkan lagi kempen ini.

Sesi forum khas akan dianjurkan pada 23 April ini yang membincangkan aspek penting dalam penjagaan si manja.

Lebih 200 kepingan gambar bersama keterangan yang merakam detik harian golongan ibu Malaysia berkongsi saat istimewa dengan anak mereka akan dipamerkan pada sebuah arca berbentuk hati sepanjang kempen ini.

Golongan ibu digalakkan memuat naik detik harian mereka bersama si kecil di laman Facebook Drypers dengan memberi kapsyen ringkas bersama hashtag #LoveEveryMoment untuk membolehkan gambar mereka dipilih dan dipamerkan di ruang pameran.

Pengunjung kempen Drypers ‘Moms of Malaysia’ juga boleh memuat naik gambar mereka pada hari terbabit.

Dalam masa sama, ahli kelab Drypers bakal menerima layanan istimewa termasuk peluang menyaksikan pertunjukan boneka, sesi bercerita dan snek percuma di ruangan VIP. Pelbagai hadiah misteri menanti 1,200 ahli pertama.

Ibu bapa dan mereka yang bakal bergelar ibu bapa dijemput menyertai kelab Drypers ini dengan mendaftar di www.drypers.com.my.

Kelab ini membolehkan peserta menjadi sebahagian daripada komuniti keibubapaan yang memberi sokongan dan galakan kepada mereka yang berada dalam pelbagai fasa untuk menjadi seorang ibu, di samping diberikan pelbagai tip serta nasihat daripada pakar.

Ahli kelab juga akan menerima e-mel mengenai penjagaan kanak-kanak dan manfaat program ganjaran Drypers Point Shop yang membolehkan mereka mengumpul mata apabila membeli barangan Drypers.

Mata ganjaran itu boleh ditebus untuk mendapatkan alat bantuan pengajaran yang menarik dan interaktif. Antara aktiviti yang akan diadakan untuk kanak-kanak sepanjang kempen itu ialah peluang menaiki belon.

Layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY untuk menda­patkan maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 12:04 PM