GAYA kasual tetapi masih sesuai untuk acara formal.
GAYA kasual tetapi masih sesuai untuk acara formal.
Nurul Husna Mahmud


GAYA longgar dan 'londeh' (baggy) mula popular sekitar 90-an apabila Ratu Urban Pop Aaliyah memperkenalkan trend terbabit sehingga dilihat sebagai perintis kepada fesyen terbabit.

Kombinasi busana 'ketat' dan 'longgar' baik seluar mahupun baju membuatkan gaya selesa ratu itu menjadi ikutan ketika era anak muda zaman berkenaan, sehinggalah ia kembali berlegar dalam kalangan peminat fesyen yang mahu keterampilan ranggi hari ini.

Mengenai pilihan yang menonjol dalam gaya itu ialah 'baggy' pada seluarnya apabila bahagian pinggul sehingga ke pergelangan kaki berpotongan lebar.

BAJU potongan besar dengan skirt masih tampak menawan.
BAJU potongan besar dengan skirt masih tampak menawan.

Penyanyi kelahiran Amerika Syarikat itu berjaya membuat padanan blaus dan kemeja mengikut susuk tubuh sekali gus seimbangkan potongan ala 'tomboy.'

Malah trend itu masih popular sehingga kini apatah lagi dikatakan pilihan paling fleksibel buat mereka yang mahukan gaya selesa ketika bekerja atau santai di rumah.

Berikut adalah cadangan dalam penggayaan busana longgar:

1. Seluar 'baggy' bersama baju kait mengikut susuk tubuh

Denim londeh dengan potongan kaki lebar ideal untuk dikenakan bersama baju kait. Lebih menonjol jika blaus atau baju atas lebih memeri membuatkan busana 'baggy' lebih menonjol.

Baju kait berlengan panjang tampak lebih formal berbanding lengan pendek. Cumanya dengan penggayaan memasukkan hujung baju ke dalam seluar memberi kemasan lebih selesa. Kini terdapat juga 'trend' membiarkan separa baju di luar untuk tampak lebih 'urban' sesuai dengan aura busana terbabit.

2. Seluar 'baggy' sesuai dengan jaket kulit

Meskipun mengenakan seluar londeh boleh membuatkan seseorang tampak 'selebeh' dan tidak sesuai tampil dalam acara, jaket kulit bersama dengan blaus berwarna gelap mampu memberi pesona berbeza.

Jaket kulit yang gelap bersama seluar londeh material sama juga boleh tampilkan gaya sofistikated. Pilihan warna gelap juga boleh menyerlahkan penampilan yang sama.

POTONGAN baju panas longgar.
POTONGAN baju panas longgar.

3. Seluar longgar dengan potongan baju besar

Bagi peminat yang sukakan gaya 'hipi' atau selesa, selalunya gaya ini wajar kerana ia memberi keseimbangan pada keseluruhan potongan besar dipilih.

Cumanya tidak mahu tampak keterlaluan, sebaiknya mulakan dengan padanan gelap dan motif kecil untuk tidak nampak terlalu besar.

4. Kenakan bersama aksesori sepadan

Dalam penggayaan wanita, pilihan but bertumit atau sneakers yang terang boleh membuatkan pemakai busana longgar masih tampak cantik dan menawan.

Selain itu penggayaan aksesori seperti tali pinggang beri siluet diperlukan bagi perempuan terutama di bahagian pinggang. Aksesori itu dapat bantu memberi ilusi menarik meskipun mengenakan seluar londeh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 6:08 AM