KALALA dan (gambar kecil) isterinya, Noela.
KALALA dan (gambar kecil) isterinya, Noela.
Agensi

Melbourne: Balenga Kalala mengupah beberapa lelaki membunuh isterinya, Noela Rukundo.

Mereka bagaimanapun, tidak melakukannya kerana membunuh wanita bukan kerja mereka.

Tambahan pula, mereka kenal adik Noela.

Sebaliknya, pembunuh upahan itu memaklumkan kepada Kalala, mereka sudah membunuh isterinya, sedangkan yang sebenar, mereka menyerahkan kepada wanita itu rakaman perbualan suaminya dengan mereka yang mengandungi arahan supaya mereka membunuhnya.

Kepada anggota keluarganya di Melbourne, Kalala berkata, Noela mati akibat kemalangan.

Tetapi, Noela muncul di majlis pengebumiannya untuk berdepan dengan suaminya yang kejam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2016 @ 5:21 AM