GABRIEL Attal (kanan). FOTO AFP
GABRIEL Attal (kanan). FOTO AFP
AFP

Paris: Pemimpin Perancis, Emmanuel Macron pada Selasa memilih Gabriel Attal sebagai Perdana Menteri dalam usaha untuk memberikan momentum baharu kepada kepimpinannya.

Pelantikan itu menjadikan Attal lelaki yang berusia 34 tahun itu sebagai ketua kerajaan termuda di Perancis.

Berikutan spekulasi berhari-hari, Macron pada Isnin menerima peletakan jawatan Elisabeth Borne, 62, yang meletakkan jawatan selepas berkhidmat kurang dua tahun.

Rombakan itu dilakukan menjelang Sukan Olimpik di Paris dan pilihan raya parlimen Eropah pada musim panas ini, dengan pasukan Macron berisiko tewas di tangan kumpulan sayap kanan di bawah ketuanya, Marine Le Pen.

Ia juga mempergiatkan gerakan untuk menggantikan Macron, yang secara peribadi memegang jawatan itu pada 2017 ketika berusia hanya 39 tahun, menjelang pilihan raya presiden pada 2027.

Rombakan Kabinet yang lebih luas dijangka berlaku minggu ini kerana Macron berusaha untuk memperkuat pasukannya untuk tiga tahun terakhir sebagai presiden.

Attal memuji pelantikannya sebagai simbol "keberanian dan pergerakan" ketika mengambil alih tugas daripada Borne pada majlis rasmi di kediaman rasmi Perdana Menteri di Paris.

"Perancis tidak akan pernah berirama dengan kemerosotan, Perancis berirama dengan transformasi, Perancis berirama dengan keberanian," katanya.

Borne, wanita kedua yang mengetuai kerajaan Perancis berkata, beliau akan terus berkhidmat di negara itu sebagai penggubal undang-undang

Sementara itu, Attal bersedia untuk membawa perubahan besar ke pejabat perdana menteri.

Sikap Borne yang tegas mendapat penghormatan daripada rakan sekerja, tetapi tidak semestinya popular dalam kalangan orang ramai.

Attal adalah seorang tokoh yang sangat popular dalam kerajaan selepas berkhidmat di kementerian pendidikan, tugas yang penting dari segi politik.

Macron berkata, beliau mahu Attal mengembalikan semangat perubahan sejak Macron mula-mula memenangi jawatan dalam gelombang harapan untuk pembaharuan radikal pada 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2024 @ 12:37 PM