WHITELOCK (kiri) akan membuat penampilan ke-148 bersama All Blacks. FOTO FAIL REUTERS
WHITELOCK (kiri) akan membuat penampilan ke-148 bersama All Blacks. FOTO FAIL REUTERS
AFP

Paris: New Zealand mengumumkan pertukaran sembilan pemain dalam barisan utama untuk berdepan Namibia pada perlawanan kedua Kumpulan A Ragbi Piala Dunia, awal pagi Sabtu.

Rombakan besar-besaran itu dibuat selepas mereka 13-27 pada perlawanan pembukaan menentang tuan rumah, Perancis, hujung minggu lalu.

Ia adalah kekalahan pertama dialami All Blacks di peringkat kumpulan dalam sejarah Piala Dunia.

Sam Whitelock akan membuat penampilan antarabangsa ke-148 untuk juara dunia tiga kali itu, sekali gus menyamai rekod Richie McCaw.

Hanya pemain Wales, Alun Wyn Jones dengan 171 penampilan antarabangsa, memiliki penampilan lebih banyak berbanding Whitelock dan McCaw.

Whitelock antara enam pemain dikekalkan jurulatih, Ian Foster daripada skuad yang tewas kepada Perancis, Jumaat lalu.

Pemain lain adalah Ardie Savea yang akan mengetuai pasukan, Beauden Barrett, Anton Lienert-Brown, Dalton Papali'i dan Nepo Laulala.

"Kami menjangka Namibian akan memberikan cabaran sengit pada perlawanan nanti," kata Foster.

"Walaupun kami kecewa dengan keputusan perlawanan pertama, ia tidak menjejaskan fokus mengenai apa yang perlu kami capai di peringkat kumpulan.

"Perlawanan ini penting untuk kami meningkat dan kami tidak sabar menanti perlawanan di Toulouse itu untuk menguji kekuatan kami."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2023 @ 8:33 AM