PUTERI Diana dilaporkan pertama kali memakai pakaian itu ketika menonton Putera Charles beraksi dalam permainan polo pada Jun 1981. FOTO Reuters
PUTERI Diana dilaporkan pertama kali memakai pakaian itu ketika menonton Putera Charles beraksi dalam permainan polo pada Jun 1981. FOTO Reuters
BAJU sejuk berwarna merah dan bercorak bebiri yang dipakai mendiang Puteri Diana bakal dilelong. FOTO Reuters
BAJU sejuk berwarna merah dan bercorak bebiri yang dipakai mendiang Puteri Diana bakal dilelong. FOTO Reuters
Reuters

London: Baju sejuk berwarna merah dan bercorak bebiri yang dipakai mendiang Puteri Diana bakal dilelong dengan nilai anggaran sehingga AS$80,000 (RM363,400).

Pakaian itu direka jenama pakaian, Warm & Wonderful, baju sejuk itu akan menjadi item utama jualan dalam talian, Sotheby's Fashion Icons bermula 31 Ogos hingga 14 September ini.

Puteri Diana dilaporkan pertama kali memakai pakaian itu yang bercorakkan seekor kambing hitam di antara barisan bebiri putih, ketika menonton Putera Charles beraksi dalam permainan polo pada Jun 1981.

Peristiwa itu sebulan sebelum mereka berkahwin.

Selepas bahagian pergelangan tangannya rosak, setiausaha sulit Puteri Diana, Oliver Everett menulis kepada pengasas bersama Warm & Wonderful, Joanna Osborne bertanyakan sama ada ia boleh dibaiki sebelum baju itu dihantar semula.

Beberapa bulan kemudian, Diana menerima pengganti baju baharu yang dalam rakaman gambar dipakainya pada 1983.

Sementara itu, Osborne pula menemui versi asal di dalam kotak di lotengnya pada Mac lalu.

Baju itu akan dilelong bersama dua pucuk surat Everett kepada Osborne, dianggarkan antara AS$50,000 (RM227,125) hingga AS$80,000 (RMRM363,400).

Awal tahun ini, Sotheby's menjual gaun baldu malam berwarna ungu tanpa tali yang dipakai Puteri Diana.

Baju rekaan Victor Edelstein untuk koleksi musim luruh 1989 itu dijual pada harga lebih AS$600,000 (RM2,725,500), lima kali ganda anggaran pada acara pralelongan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Julai 2023 @ 12:34 PM