TIKTOK. FOTO AFP
TIKTOK. FOTO AFP
AFP

London: Pengawal data Britain berkata pada hari Selasa bahawa ia mendenda TikTok £12.7 juta (hampir RM70 juta) kerana membenarkan sehingga 1.4 juta kanak-kanak bawah 13 tahun menggunakan platform media sosialnya yang melanggar peraturannya sendiri.

Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (ICO) berkata firma milik China itu melanggar undang-undang United Kingdom (UK) dengan gagal mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk menggunakan data kanak-kanak.

TikTok mempertikaikan penemuan ICO itu, yang dikatakan menambah masalah platform itu selepas yang kini berhadapan dengan gelombang larangan oleh kerajaan Barat terhadap penggunaan platform pada peranti rasmi, kerana kebimbangan bahawa data itu boleh diakses oleh Beijing.

"Kami akan terus menyemak keputusan itu dan sedang mempertimbangkan langkah seterusnya," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

"Kami melabur banyak untuk memastikan pengguna bawah 13 tahun daripada menggunakan platform ini dengan 40,000 orang bekerja sepanjang.

"Ia bagi memastikan platform selamat untuk komuniti," katanya.

Namun TikTok mengalu-alukan keputusan ICO untuk mengurangkan denda daripada itu £27 juta (RM148.5 juta)

Perkhidmatan platform perkongsian video yang popular itu tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun untuk membuat akaun.

Tetapi ICO berkata TikTok gagal menjalankan pemeriksaan yang mencukupi untuk menghentikan perkara itu berlaku di Britain, dan sehingga 1.4 juta kanak-kanak terjejas pada 2020.

"Ini bermakna data mereka mungkin telah digunakan untuk menjejaki mereka dan memprofilkannya, yang berpotensi menyampaikan kandungan yang berbahaya dan tidak sesuai," kata Pesuruhjaya Maklumat John Edwards.

"Terdapat undang-undang untuk memastikan anak-anak kita selamat di dunia digital sepertimana mereka berada di dunia fizikal," katanya dalam satu kenyataan.

"TikTok tidak mematuhi undang-undang tersebut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2023 @ 8:43 PM