VOLODYMYR Zelensky. FOTO AFP.
VOLODYMYR Zelensky. FOTO AFP.
BERNAMA

Ankara: Perjuangan untuk menguasai wilayah Donbas di Ukraine diteruskan pada Isnin, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.

"Situasi di Donbas sangat sukar," katanya dalam ucapannya, lapor Agensi Anadolu.

"Bakhmut, Kreminna dan kawasan lain di Donbas kini memerlukan kekuatan dan tumpuan yang maksimum, katanya dalam video yang turut dikeluarkan di media sosial.

Beliau menggesa rakyat Ukraine supaya bersedia menghadapi kemungkinan provokasi atau serangan peluru berpandu Rusia.

"Pertahanan udara sedang bersiap sedia, negara sedang bersiap sedia dan semua orang mesti bersedia. Sila beri perhatian kepada siren," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Disember 2022 @ 11:53 AM