BORIS Johnson. FOTO AFP.
BORIS Johnson. FOTO AFP.
AFP

London: Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin pernah mengancamnya secara peribadi dengan menggunakan peluru berpandu.

Ancaman itu yang dibuat menerusi panggilan telefon berlaku sebelum pencerobohan Rusia di Ukraine pada 24 Februari tahun lalu, menurut dokumentari baharu, BBC yang akan disiarkan pada Isnin.

"Dia (Putin) seperti mengancam saya pada satu ketika dan berkata, Boris, saya tidak mahu mencederakan awak tetapi dengan peluru berpandu, ia hanya akan mengambil masa seminit," Johnson memetik Putin sebagai berkata.

Johnson dan pemimpin Barat lain bergegas ke Kyiv untuk menunjukkan sokongan kepada Ukraine dan cuba menghalang serangan Rusia.

Johnson muncul sebagai salah satu penyokong Barat paling bersemangat untuk Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Beliau mendedahkan, sebelum pencerobohan itu beliau bersusah payah memberitahu Putin, tiada kemungkinan Ukraine menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) sambil memberi amaran sebarang pencerobohan menyebabkan tidak akan mengurangkan Nato di sempadan Rusia.

"Dia berkata, Boris kamu mengatakan Ukraine tidak akan menyertai Nato.

"Apakah dalam masa terdekat? Dan saya berkata, ia tidak akan menyertai Nato pada masa depan yang boleh dijangka," katanya.

Carta dokumentari BBC mencatatkan jurang yang semakin meningkat antara pemimpin Rusia dan Barat pada tahun sebelum pencerobohan Ukraine.

Program itu turut menampilkan Zelensky yang menzahirkan impiannya menyertai Nato sebelum serangan Rusia terhalang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2023 @ 1:10 PM