MATT Formston amat menggemari sukan luncur. FOTO Agensi
MATT Formston amat menggemari sukan luncur. FOTO Agensi
Agensi

Lisbon: Tidak jauh dari pantai bandar nelayan tradisional di Nazaré Canyon, fenomena geomorfologi pelik yang membolehkan gelombang setinggi 30 meter terbentuk dengan kedalaman 5,000 meter.

Gelombang mega ini menarik perhatian pelayar dari seluruh dunia yang berminat untuk menyahut cabaran maut.

Pada 2022, pelayar Jerman Sebastian Steudtner mencipta rekod dunia baharu apabila berjaya menakluki ombak setinggi 26.21 meter di Nazaré, secara rasminya ombak terbesar pernah dilayarinya.

Kini, giliran atlet Australia Matt Formston untuk menangani ombak yang menggerunkan di Nazaré.

Sepanjang 12 bulan yang lalu, kru filem mengikuti Formston untuk mendokumentasikan persiapannya menjelang acara besar itu.

Dengan semua latihan yang dilakukan oleh Formston, dia bersedia untuk melaksanakan tugas berat itu.

"Saya lebih teruja berbanding yang lain," katanya kepada 7NEWS.com.au.

Namun, Formston berbeza daripada peserta lain kerana lelaki itu buta.

Formston dilahirkan tanpa masalah penglihatan, tetapi mula kehilangan 95 peratus daripadanya ketika berusia lima tahun akibat gangguan genetik yang dikenali 'distrofi makula'.

FENOMENA geomorfologi pelik di Nazaré Canyon yang menyaksikan ombak setinggi 30 meter. FOTO Agensi.
FENOMENA geomorfologi pelik di Nazaré Canyon yang menyaksikan ombak setinggi 30 meter. FOTO Agensi.

Dengan semua penglihatan pusatnya hilang, dan hanya sedikit peratusan penglihatan periferinya yang tinggal, Formston hanya boleh melihat dari luar matanya.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jarak penglihatan saya lebih terhad, saya kini hanya dapat melihat tiga peratus di mata kanan saya dan satu peratus di mata kiri saya," katanya.

Bapa kepada tiga anak itu menjadi atlet profesional selama lebih 10 tahun selepas bertanding dalam Paralimpik Rio 2016 dalam acara berbasikal dan mencapai empat gelaran Juara Dunia dalam sukan meluncur.

"Ayah saya akan menolak saya ke dalam ombak di atas papan boogey ... Saya belajar merasakan ombak dan belajar rasa melalui lautan.

"Pada zaman remaja, jika ada yang mengadakan pertandingan para-surfing, saya akan sentiasa menjadi peluncur yang kompetitif, dan mungkin tidak berminat dengan sukan lain kerana saya suka segala-galanya mengenai luncur air," katanya.

Formston bertanding dalam pertandingan para-surfing pertamanya pada 2016 dan selebihnya adalah sejarah.

Keterangan Gambar:

Caption

Atlet Australia Matt Formston yang cacat penglihatan mencabar dirinya meluncur ombak yang menggerunkan di Nazaré, Portuga

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2022 @ 3:17 PM