ORANG ramai memenuhi Taman Panorama Benak bagi menyaksikan fenomena yang berlaku di Batang Lupar, petang 15 Oktober. Benak ini akan berlaku mengikut tempoh air pasang besar atau King tide. FOTO Bernama

Andrian Ngelambai

Sri Aman: Fenomena Benak di Tebingan Sungai Batang Lupar, di sini, bermula hari ini hingga esok, menarik minat pelancong dalam dan luar negara meluncur ombak yang terhasil di sungai berkenaan.

Ombak berkenaan atau lebih sinonim dengan panggilan Benak dalam kalangan rakyat tempatan adalah fenomena alam iaitu ombak akan terhasil membolehkan peminat sukan luncur air meluncur di sungai itu.

ORANG ramai memenuhi Taman Panorama Benak bagi menyaksikan fenomena yang berlaku di Batang Lupar, petang 15 Oktober. FOTO Bernama
ORANG ramai memenuhi Taman Panorama Benak bagi menyaksikan fenomena yang berlaku di Batang Lupar, petang 15 Oktober. FOTO Bernama

Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladangan Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis, berkata Pesta Benak 2016 menjadi antara tarikan utama pelancong ke daerah itu setiap tahun.

Menurutnya, tidak banyak sungai di dunia ini mempunyai keunikan yang dapat menghasilkan Benak.

PENDUDUK Kampung Hulu bersantai di pondok kecil yang dibina di tebing sungai kampung itu sebagai lokasi strategik untuk melihat acara air dalam Pesta Benak. FOTO Bernama
PENDUDUK Kampung Hulu bersantai di pondok kecil yang dibina di tebing sungai kampung itu sebagai lokasi strategik untuk melihat acara air dalam Pesta Benak. FOTO Bernama

"Pesta ini antara produk pelancongan dapat menarik minat pelancong khususnya peminat sukan luncur air,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Pesta Benak 2016, di sini, hari ini.

Mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP Malaysia, benak bermakna fenomena air sungai berombak besar dan mudik (ke hulu) ketika air pasang (berlaku di Sarawak, iaitu di sungai Batang Lupar, Batang Sadong, Batang Samarahan, dan Batang Saribas).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 8:41 PM