LIZ Truss. FOTO EPA
LIZ Truss. FOTO EPA
BERNAMA

London: Setiausaha Luar Britain Liz Truss dipilih menjadi Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK), umum Jawatankuasa Parti Konservatif 1922 pada Isnin.

Truss, 46, memperoleh 81,326 undi manakala pencabarnya Rishi Sunak sekadar mendapat 60,399 undi, menurut pengerusi jawatankuasa itu, Sir Graham Brady.

Beliau akan menggantikan Boris Johnson sekali gus menjadi perdana menteri wanita ketiga UK selepas Margaret Thatcher dan Theresa May, lapor Agensi Anadolu.

Truss dijangka menerima watikah untuk membentuk kerajaan baharu daripada Ratu Elizabeth II pada Selasa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2022 @ 8:45 PM