Rishi Sunak. - FOTO AFP
Rishi Sunak. - FOTO AFP
Reuters

London: Calon Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak mempunyai kelebihan yang ketara berbanding saingannya, Setiausaha Luar, Liz Truss dalam kalangan pengundi biasa, menurut tinjauan YouGov yang membabitkan hampir 5,000 rakyat Britain pada Khamis.

YouGov berkata bahawa antara mereka yang mengundi Konservatif pada 2019 tetapi kini mengatakan mereka merancang untuk mengundi parti Buruh, skor bersih yang menyokong Sunak adalah lebih baik berbanding Truss.

"Walaupun kedua-dua Rishi Sunak dan Liz Truss agak tidak popular dalam kalangan orang ramai secara keseluruhan, Sunak mempunyai kelebihan yang ketara berbanding Truss dalam kalangan pengundi," kata YouGov dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2022 @ 5:24 PM