BOMBA memadam kebakaran hutan berhampiran Thiendorf di utara Dresden, Jerman. FOTO Reuters
BOMBA memadam kebakaran hutan berhampiran Thiendorf di utara Dresden, Jerman. FOTO Reuters
AFP

Geneva: Gelombang haba yang berlaku di Eropah Barat akan semakin kerap dengan trend itu dijangka berterusan sehingga sekurang-kurangnya sehingga 2060, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Selasa.

Gelombang haba itu memberi petunjuk kepada kepada negara lain yang seharusnya menghalang lebih banyak karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera, kata Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

"Trend ini akan menjadi lebih kerap dan berterusan sekurang-kurangnya sehingga 2060 yang menyukarkan usaha untuk mengawal perubahan iklim.

"Kita sudah mula memecahkan rekod perubahan iklim dan pada masa hadapan gelombang haba ini akan menjadi normal dan kita akan melihat keadaan yang lebih ekstrem.

"Suhu masih meningkat dan tidak pasti sama ada kita akan melihat kemuncaknya pada 2060 sekiranya tidak mengekang perkembangan peningkatan suhu ini terutamanya di negara besar Asia," kata ketua WMO, Petteri Taalas dalam sidang akhbar.

WMO mengadakan sidang akhbar bersama WHO mengenai gelombang panas yang melanda Eropah Barat.

Gelombang haba itu mencetuskan kebakaran hutan berskala besar sebelum merebak ke utara sehingga menyebabkan suhu di United Kingdom melebihi 40 darjah celsius buat kali pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2022 @ 10:00 AM