RUNTUHAN salji di gunung berkenaan. FOTO AFP
RUNTUHAN salji di gunung berkenaan. FOTO AFP
AFP

Rom: Satu runtuhan salji yang disebabkan runtuhan glasier terbesar di Pergunungan Alps di Itali mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan lapan yang lain pada Ahad, kata seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan.

Glasier runtuh di Gunung Marmolada, yang tertinggi di banjaran pergunungan Dolomites, berhampiran penempatan kecil Punta Rocca, di laluan yang biasanya diambil untuk sampai ke puncak gunung berkenaan.

Bencana itu berlaku sehari selepas suhu tertinggi direkodkan 10 darjah Celsius direkodkan di puncak glasier.

"Salji, ais dan batu melanda laluan masuk ketika terdapat beberapa pendaki sedang menggunakan tali," kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Michela Canova kepada AFP.

Enam orang disahkan maut dan lapan cedera, tambahnya.

Pencarian mangsa yang terselamat dihentikan lewat Ahad tetapi akan disambung awal pada hari ini.

Massimo Frezzotti, seorang profesor sains di Universiti Roma Tre, memberitahu AFP, runtuhan itu disebabkan cuaca panas luar biasa yang dikaitkan dengan pemanasan global dengan suhu menurun 40 hingga 50 peratus semasa musim sejuk yang kering.

"Keadaan semasa glasier sepadan dengan pertengahan Ogos, bukan awal Julai," katanya.

Dua daripada yang cedera dibawa ke hospital di Belluno, seorang lagi dalam keadaan lebih serius dibawa ke Treviso dan lima ke Trento.

"Jumlah keseluruhan pendaki yang terbabit masih belum diketahui," kata Canova.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Julai 2022 @ 10:30 AM