ROSKELLY (kiri) bersama David Lama dan Auer yang maut selepas menawan puncak Howse Peak. FOTO/AGENSI
ROSKELLY (kiri) bersama David Lama dan Auer yang maut selepas menawan puncak Howse Peak. FOTO/AGENSI
AFP

MONTREAL: Tiga pendaki profesional terkemuka yang maut akibat runtuhan salji di Pergunungan Rocky Kanada sebenarnya sudah menawan puncak Howse Peak.

Bagaimanapun, mereka terkorban ketika dalam perjalanan turun, kata agensi Parks Canada hari ini.

Warga Amerika Jess Roskelley, 36, bersama dua warga Austria David Lama, 28, dan Hansjorg Auer, 35, dilaporkan hilang di Taman Negara Banff, Selasa lepas.

Parks Canada mengumumkan mayat ketiga-tiga mangsa sudah ditemui Ahad lalu.

Jurucakap Brian Webster berkata, keluarga Roskelley mengesahkan tiga pendaki berkenaan berjaya tiba di puncak Howse Peak.

Webster berkata, agensi itu kurang pasti lokasi sebenar mangsa ditimpa runtuhan salji, namun mayat mereka ditemui di bahagian timur kaki gunung.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2019 @ 3:30 PM