TIUB berisi sampel untuk ujian bagi virus mengesan cacar monyet. FOTO fail Reuters
TIUB berisi sampel untuk ujian bagi virus mengesan cacar monyet. FOTO fail Reuters
Reuters

London: Virus cacar monyet dikesan dalam semen (air mani) segelintir pesakit di Itali, menimbulkan persoalan sama ada penularan penyakit secara seksual adalah satu kemungkinan, kata saintis pada Isnin.

Difahamkan, virus cacar monyet merebak melalui hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti dan merebak melalui luka kulit atau pernafasan.

Kebanyakan kes cacar monyet yang disahkan setakat ini membabitkan pasangan yang melakukan hubungan seksual.

Penyelidik di Institut Spallanzani, hospital yang berpangkalan di Rom dan kemudahan penyelidikan penyakit berjangkit pertama kali menunjukkan bukti bahawa virus cacar monyet di dalam air mani.

Mereka mengenal pasti enam daripada tujuh pesakit dengan air mani yang mengandungi bahan genetik virus itu.

Khususnya, sampel yang diuji di makmal daripada seorang pesakit menunjukkan virus ditemukan di dalam air maninya, dan mampu menjangkiti orang lain dan mereplikasi.

Data itu bakal diserahkan untuk diterbitkan, bukanlah bukti yang mencukupi untuk membuktikan ciri biologi virus itu sudah berubah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2022 @ 11:22 AM