BANGUNAN apartmen yang musnah di bandar Borodyanka dekat Kyiv, Ukraine. FOTO EPA
BANGUNAN apartmen yang musnah di bandar Borodyanka dekat Kyiv, Ukraine. FOTO EPA
AFP

Brussels: Rusia bercadang secara ketenteraan untuk mengambil alih wilayah Donbas di timur Ukraine.

Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) Jens Stoltenberg pada Selasa berkata, tujuan Moscow itu adalah mewujudkan laluan dari Rusia untuk ke Semenanjung Crimea.

"Tentera Rusia sedang bergerak dari Kyiv untuk berkumpul semula, membekalkan semula kelengkapan senjata dengan mereka mengalihkan tumpuan mereka ke timur," katanya pada sidang media menjelang mesyuarat menteri luar Nato pada Rabu.

"Dalam beberapa minggu akan datang, kami menjangkakan desakan Rusia selanjutnya di timur dan selatan Ukraine untuk cuba mengambil seluruh Donbas dan mewujudkan 'jambatan darat' untuk ke Crimea," katanya.

Rusia sebelum ini mengilhak Semenanjung Crimea, wilayah milik Ukraine pada 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2022 @ 9:01 AM