GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Paris: Perancis akan mula menawarkan suntikan dos keempat vaksin Covid-19 kepada mereka berumur lebih 80 tahun selepas menerima dos penggalak, kata Perdana Menteri Perancis Jean Castex.

Kempen vaksinasi juga akan diperluaskan kepada mereka yang menghadapi masalah sistem immunocompromised, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata, daripada 4.1 juta penduduk Perancis yang berumur 80 tahun ke atas, 3.1 juta sudah mendapat dos penggalak.

Perancis menyaksikan peningkatan semula kes Covid-19 dan menurut Agensi Kesihatan Kebangsaan negara ini melaporkan 72,443 kes baharu pada Sabtu.

Selain itu, Perancis turut akan memansuhkan syarat pas vaksin sebelum memasuki tempat awam dan pemakaian pelitup muka.

Meskipun peraturan dilonggarkan, beliau berkata mereka yang berisiko digalakkan memakai pelitup muka di kawasan tertutup dan sesak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2022 @ 3:13 PM