PAPARAN digital menunjukkan SMS pertama di dunia. FOTO EPA
PAPARAN digital menunjukkan SMS pertama di dunia. FOTO EPA
AFP

Paris: SMS pertama yang dihantar melalui telefon bimbit pada 1992 dijual Selasa sebagai token non-fungible (NFT) dengan lelongan pada harga 107,000 Euro (kira-kira RM508,071), kata pusat lelongan Aguttes.

Pembeli, yang identitinya tidak didedahkan adalah warga Kanada terbabit dalam sektor teknologi, kini pemilik replika digital unik bagi mesej SMS pertama dalam bentuk NFT.

SMS pertama ialah mesej 15 huruf yang dihantar kepada pekerja Vodafone, Richard Jarvis yang mengucapkan 'Merry Christmas'.

NFT adalah barangan digital yang boleh dibeli dan dijual menggunakan teknologi blockchain.

Ia menjadi sangat popular untuk pengumpul, termasuk karya seni yang dijual pada harga hampir AS $70 juta (kira-kira RM294.3 juta), pada lelongan awal tahun ini.

Antara mereka yang berada di dewan lelongan adalah usahawan blockchain, Luigi Caradonna, 18,

yang mengalah daripada membida apabila harga meningkat melebihi 75,000 euro (kira-kira RM356,134).

"Saya fikir sejarah ini akan menarik orang untuk menyimpannya sebagai aset sehingga tahun depan dan menjualnya pada Hari Natal akan datang," katanya kepada AFP.

Pengendali rangkaian mudah alih Vodafone berkata, ia merancang untuk mendermakan hasil jualannya kepada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Disember 2021 @ 10:22 AM