TANGKAP layar dari video ‘Charlie Bit My Finger’ . FOTO YouTube
TANGKAP layar dari video ‘Charlie Bit My Finger’ . FOTO YouTube
Agensi

London: Klip video Charlie Bit My Finger menjadi antara sejarah internet dunia yang tular sehingga kini.

Namun, video bayi bernama Charlie yang menggigit jari abangnya, Harry akan dikeluarkan dari YouTube selepas dijual dengan nilai 538,000 Pound Sterling (kira-kira RM3.1 juta).

Keluarga Davies-Carr melelong klip video berkenaan sebagai non-fungible token (NFT) iaitu sejenis aset digital.

Lelongan dijalankan menerusi laman bidaan pada hari minggu namun nilai video itu melonjak pada jam terakhir.

Bidaan dibuat oleh dua individu yang tidak mendedahkan identiti mereka.

Klip video itu sudah ditonton lebih 800 juta kali sejak dimuat naik di YouTube pada 2007.

Klip berkenaan juga dikeluarkan pada 23 Mei lalu selepas bidaan selesai dijalankan.

Bagaimanapun, sehingga kini, klip berkenaan masih lagi boleh ditonton di YouTube.

NFT adalah sijil yang memperakui pemilikan seseorang terhadap item digital seperti video yang kemudian boleh dijual.

Ini menjadi antara pilihan perniagaan untuk mereka yang memiliki video tular.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Mei 2021 @ 6:45 AM