PEGAWAI balai cerap ketika proses melihat anak bulan di pantai Lhoknga, Aceh, pada tahun lalu. FOTO AFP
PEGAWAI balai cerap ketika proses melihat anak bulan di pantai Lhoknga, Aceh, pada tahun lalu. FOTO AFP
Agensi

Jakarta. Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas pada Rabu berkata, beliau menjangkakan tarikh yang berbeza-beza untuk permulaan Ramadan antara penetapan rasmi kerajaan dan pengisytiharan oleh organisasi Islam yang berbeza, lapor agensi berita Antara.

Kerajaan bersedia untuk menganjurkan persidangan ulama pada 10 Mac untuk memastikan hari pertama Ramadan berdasarkan melihat anak bulan, yang secara tradisinya menandakan permulaan bulan suci itu.

Jika tiada penampakan berlaku sehingga matahari terbenam, Ramadan akan bermula pada 12 Mac.

Bagaimanapun, pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia, Muhammadiyah, menetapkan hari pertama Ramadan pada 11 Mac.

Beberapa organisasi kecil pula dilaporkan mengesahkan 10 Mac sebagai permulaan Ramadan tahun ini.

"Kekalkan semangat persaudaraan Islam dan toleransi memandangkan potensi perbezaan mengenai hari pertama Ramadan," kata Yaqut menerusi surat pekeliling.

Surat pekelilingnya menasihatkan supaya khutbah Ramadan mengutamakan tema persaudaraan, toleransi beragama, dan perpaduan nasional di samping mengelakkan kemasukan mesej politik.

Kanytaan juga menetapkan intensiti bunyi daripada pembesar suara masjid hendaklah dihadkan kepada 100 desibel, dan solat dan khutbah pada larut malam hendaklah menggunakan pembesar suara dalaman sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2024 @ 10:18 AM