LINTASAN Rafah. FOTO fail AFP
LINTASAN Rafah. FOTO fail AFP
BERNAMA

Gaza: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Sabtu berkata, 53 trak bantuan tambahan memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir melalui lintasan sempadan Rafah.

Trak berkenaan membawa bekalan penting, termasuk ubat-ubatan dan bekalan perubatan, barangan makanan, air dan bantuan kecemasan, lapor Agensi Anadolu.

Menurut persatuan itu, barang-barang berkenaan dapat membantu memenuhi keperluan segera penduduk di Gaza.

Sebanyak 904 trak bantuan dibenarkan masuk ke Gaza sejak 21 Oktober. Namun, jumlah itu masih jauh daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk yang terjejas akibat serangan Israel.

Tentera Israel masih menyekat kemasukan bahan api ke Gaza.

Sebelum konflik terkini meletus, sebanyak 500 trak barang, termasuk 45 trak bahan api memasuki Gaza pada setiap hari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 November 2023 @ 3:55 PM