SISTEM pancuran air di daerah Ginza, Tokyo. FOTO AFP
SISTEM pancuran air di daerah Ginza, Tokyo. FOTO AFP
BERNAMA

Tokyo: Amaran strok haba dikeluarkan untuk ibu negara Jepun, Tokyo serta wilayah Saitama, Chiba dan Ibaraki pada Isnin buat kali pertama musim ini ketika cuaca panas terik berlaku di wilayah Kanto dan Koshin.

Panas terik melanda kawasan itu pada Isnin, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA) dengan suhu mencecah 35 darjah di tengah Tokyo, juga yang pertama musim panas ini, lapor Xinhua.

Suhu tinggi pada 11.30 pagi semalam adalah 36.4 darjah Celsius di bandar Otsuki, wilayah Yamanashi; 35.7 Celsius di bandar Ome City, barat Tokyo; 35.6 Celsius di bandar Kasama, wilayah Ibaraki dan 35.2 Celsius di tengah Tokyo.

Pegawai cuaca menambah kelembapan juga agak tinggi selain memberi amaran kepada orang ramai mengenai risiko strok haba.

Suhu tinggi dan udara lembap yang mengalir masuk ke awan boleh menyebabkan hujan lebat setempat, kata JMA, meramalkan hujan setiap jam sehingga 60 milimeter di wilayah utara Kanto dan 30 milimeter di selatan Kanto.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2023 @ 8:57 AM